PENGUMUMAN UNTUK SEMUA PELAJAR E-PJJ

DISKAUN PENGAJIAN (MENGIKUT KELULUSAN JAWATANKUASA KEW & PEMBANGUNAN (JKP)2008

Berkuatkuasa mulai semester Disember 08- Mei 09, berdasarkan kepada mesyuarat jawatankuasa kewangan Dan Pembangunan pada 2 September 2008, Semua pelajar E-pjj yang berstatus ‘Staff UITM’ akan mendapat pengurangan/ diskaun sebanyak 50% daripada yuran pengajian per semester. Bagi pelajar Warga Emas atau OKU sebanyak 30 % pengurangan yuran pengajian diberikan.

Tatacara prosedurnya ialah:
1. Pelajar mendapatkan surat pengesahan dari majikan.

2. Serahkan surat tersebut kepada pihak Ined Dwelling 2 untuk pengesahan status Akademik.

3. Serahkan salinan pengesahan tersebut kepada pihak Bendahari Zon 18 Dwelling 7 untuk “pengemaskinian bil” bagi yang belum bayar yuran atau “pemulangan” bagi yang telah menjelaskan yuran. Bagi pelajar warga emas atau OKU hendaklah melampirkan “salinan kad pengenalan” atau “kad pengesahan OKU” kepada pihak akademik Ined. Prosedur ini wajib dibuat setiap semester.

 
PEMULANGAN CUTI KHAS (MENGIKUT KELULUSAN JKP UITM C 2370 FEBRUARI 2005)

1. Pelajar yang diluluskan Cuti Khas dalam tempoh yang dibenarkan dan “telah membayar yuran pengajian” dikecualikan dari membayar yuran pengekalan status pada semester tersebut.Yuran Pengajian yang telah dibayar tidak akan dikembalikan .

2. Pelajar E-pjj yang “belum membayar yuran pengajian” tetapi memohon cuti khas dalam tempoh yang dibenarkan ( 2 minggu dari tarikh pendaftaran rasmi inED) hanya perlu membayar RM30 untuk mengekalkan status sebagai pelajar. 3. Bagi pelajar yang memohon cuti khas dalam masa (6) minggu selepas tarikh pendaftaran rasmi inED, sebanyak 50% yuran pengajian akan dikembalikan. Bayaran RM30.00 bagi mengekalkan status pelajar dikecualikan.

Tatacara permohonan dan tempoh permohonan Cuti Khas boleh didapati di bahagian Akademik Ined @ Jadual akademik Ined E-Pjj. Pihak Bendahari hanya menerima bayaran utnuk permohonan tersebut sahaja.

 
PEMULANGAN YURAN PENGAJIAN E-PJJ YANG MEMOHON BERHENTI DARI UiTM (MENGIKUT KELULUSAN JKP C 2371 NOVEMBER 2004)

1. Bagi pelajar yang memohon berhenti dalam tempoh (2) minggu dari tarikh rasmi pendaftaran inED, sebanyak 75% yuran pengajian akan dikembalikan

2. Bagi pelajar yang memohon berhenti selepas (2) minggu dari tarikh pendaftaran rasmi InED, yuran pengajian tidak akan dikembalikan.

Tatacara berhenti dari pengajian hendaklah dirujuk kepada bahagian akademik inEd terlebih dahulu.

 
PEMULANGAN YURAN PENGAJIAN E-PJJ YANG MEMBUAT PENGGUGURAN KURSUS (MENGIKUT KELULUSAN JKP C2372 FEBRUARI 2005)

1. Bagi pelajar- pelajar yang membuat pengguguran kursus/subjek dalam tempoh (4) minggu dari tarikh pendaftaran rasmi inED akan diberi pemulangan yuran pengajian sebanyak 75%.

2. Bagi pelajar- pelajar yang membuat pengguguran kursus/subjek atas arahan pihak inED kerana:
i) percanggahan waktu seminar
ii) mendapat pengecualian kredit dan,
iii) kelas yang dijadualkan dibatal disebabkan tidak cukup bilangan pelajar akan diberikan pemulangan yuran pengajian sepenuhnya.

3. Pemulangan yuran pengajian akan dibuat terus kepada pelajar tanpa ke semester berikutnya.

Tatacara pengguguran kursus/subjek hendaklah mendapat pengesahan daripada pihak coordinator program.

 
PELAJAR YANG BARU MENDAPAT PEMBIAYAAN TAJAAN (e.g Jpa, Mara)

Kepada pelajar-pelajar baru dan lama e-pjj yang baru memohon tajaan dari mana-mana pihak dan berjaya ditaja oleh pihak yang berkenaan, sila kemukakan satu (1) salinan surat tawaran kepada pihak Unit Kewangan Zon 18 samada melalui faks 03-55225323 @ pos kepada kami di alamat :
Unit Kewangan Zon 18 Pejabat Bendahari UITM Dwelling 7, Intekma Resort & Convention Centre 47000 seksyan 7 Shah Alam. Selangor