MAKLUMAN!

Makluman kepada pelajar Group A (Diploma, Asasi dan Pra Diploma)


PERKARA : BIL RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (RMP) & BIL INTERSESI 20173


Untuk makluman para pelajar, bil rayuan meneruskan pengajian (RMP) telah pun dijana pada hari Selasa (23 Mei 2017) bagi semua pelajar yang layak memohon RMP(status exam D3-D7).

Berikut adalah tarikh berkenaan RMP untuk makluman dan rujukan:

Penjanaan bil RMP (bulk) : 23 Mei 2017 (Bil dijana bagi semua pelajar yang diberi status D3-D7)

Tarikh Tutup Permohonan RMP : 26 Mei 2017

Keputusan RMP web : 09 June 2017

 

Bagi bil Intersesi 20173, bil telahpun dijana pada hari Selasa, 23 Mei 2017.

Pelajar boleh mula menyemak dan mendapatkan bil-bil berkenaan melalui portal bil pelajar.

 

Sekian dimaklumkan.


PERINGATAN MESRA!


Pelajar Asasi/PraDiploma/Diploma UiTM yang dikasihi,

Keputusan Peperiksaan bagi sesi Disember 2016- April 2017 akan diumumkan pada 12 Mei 2017 (Jumaat).

Sila pastikan pelajar membuat semakan bil pelajar dan membuat bayaran bil tertunggak (sekiranya ada) bagi mengelakkan keputusan peperiksaan pelajar disekat.

p/s: Bayaran akan dikemaskini dalam lejer dalam tempoh 48jam dari transaksi dibuat.

Good luck semua!

__________________________________________________

SUMBANGLAH KE DANA  WAKAF PENDIDIKAN UiTM 

(UiTM DI HATIKU)

Dana Wakaf Pendidikan UiTM merupakan Tabung yang diwujudkan bagi membantu UiTM menyediakan prasarana pembelajaran yang terkini serta bantuan kewangan kepada para pelajar yang memerlukan.

Sumbangan adalah sangat dialu-alukan dari pelajar dan keluarga ke Dana Wakaf Pendidikan UiTM sebagai   satu sedekah yang memberi manafaat yang berpanjangan dunia dan akhirat .Ianya juga sebagai menunjukkan terima kasih kepada UiTM yang telah menyediakan peluang dan ruang pengajian kepada ramai anak bangsa dan keluarga mereka.Sesungguhnya setiap sumbangan adalah satu sedekah yang amat UiTM hargai.

SEDEKAH ANDA BOLEH DISALURKAN TERUS MELALUI      http://wakaf.uitm.edu.my/     ATAU
Bank in ke Akaun Wakaf UiTM atas nama TABUNG AMANAH WAKAF UiTM  ( BIMB 12177010004181)  

‘JOM BERWAKAF’
‘HARTA BERKAT BEKALAN AKHIRAT’

__________________________________________________

PERHATIAN!!

Pelajar UiTM Yang Dikasihi,

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah habis menduduki peperiksaan bagi pelajar Ijazah/Master/PhD sesi September 2016- Januari 2017 !

Mengikut kalender akademik, keputusan peperiksaan pelajar akan diumumkan pada 17 Februari 2017.

Oleh yang demikian, mohon kerjasama pelajar sekalian menyemak di portal bursary melalui student portal, bil-bil yang tertunggak bagi mengelakkan

pelajar disekat untuk melihat keputusan peperiksaan.

Sekiranya pelajar masih mempunyai bil yang belum dijelaskan, sila membuat pembayaran bil-bil tertunggak sebelum 13 Februari 2017.

Terima kasih atas perhatian pelajar-pelajar sekalian. :D

Sebarang permasalahan boleh emel ke : kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my

#bebashutang

__________________________________________________

PERHATIAN!!

Makluman kepada pelajar Group A (Diploma, Asasi dan Pra Diploma)

PERKARA : BIL RAYUAN MENERUSKAN PENGAJIAN (RMP) & BIL PEPERIKSAAN KHAS (SUPP PAPER) GROUP A SESI 20164

Untuk makluman para pelajar, bil rayuan meneruskan pengajian (RMP) telah pun dijana pada hari Selasa (22 November 2016) bagi semua pelajar yang layak memohon RMP(status exam D3-D7). Pelajar boleh mula menyemak dan mendapatkan bil berkenaan melalui portal bil pelajar.

Berikut adalah tarikh berkenaan RMP untuk makluman dan rujukan:

Penjanaan bil RMP (bulk) : 22 November 2016 (Bil dijana bagi semua pelajar yang diberi status D3-D7)

Tarikh Tutup Permohonan RMP : 29 November 2016

Keputusan RMP web : 13 Disember 2016

Untuk pelajar Group A (Pra Dip,Asasi,Diploma) yang telah membuat Pendaftaran kursus peperiksaan khas (supp paper) pada 17-20 November 2016 secara online, bil anda juga telah dijana. Sila semak pada portal pelajar. Pelajar perlu buat bayaran sebelum menduduki peperiksaan khas melalui Kaunter Bank Islam/ ATM Bank Islam/ FPX Online sahaja(melalui student portal).

Bagi pelajar yang mendaftar secara manual di fakulti iaitu selepas tarikh pendaftaran online, sila emelkan kepada kami nombor pelajar dan bilangan subjek yang diambil bersama pengesahan daripada pihak fakulti atau HEA. Bil akan di jana secara manual.


Sekian.

__________________________________________________

Bagi pelajar yang telah diluluskan Rayuan Pembatalan Gugur Taraf (RPGT) Group B sesi Sept 2016- Januari 2017,

Sila semak bil kelulusan Rayuan Pembatalan Gugurtaraf (RPGT) sebanyak RM150.00 di portal bursary dan membuat pembayaran di kaunter/ATM Bank Islam berdekatan dengan segera.

Untuk makluman, tarikh akhir pembayaran Yuran Pengajian bagi pelajar yang diluluskan RPGT adalah pada 28 Oktober 2016 (Jumaat) kepada pelajar yang masih tidak membuat pembayaran Yuran Pengajian dan tidak membuat penangguhan bayaran yuran. sila rujuk kalender akademik UiTM


Sekiranya pelajar telah mendapat kelulusan penangguhan bayaran yuran dengan kelulusan Dekan/Rektor, sila majukan salinan surat tersebut ke : kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my atau faks ke 03-5544 3418

__________________________________________________

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah habis menduduki peperiksaan bagi pelajar Pra Diploma/Asasi/Diploma sesi Jun - Oktober 2016 ,

Mengikut kalender akademik, keputusan peperiksaan pelajar akan diumumkan pada 15 November 2016.

Oleh yang demikian, mohon kerjasama pelajar sekalian menyemak di portal bursary, bil-bil yang tertunggak bagi mengelakkan pelajar disekat untuk melihat keputusan peperiksaan.

Sila membuat pembayaran bil-bil tertunggak sebelum 7 November 2016. Sms blast akan menyusul sebagai peringatan kepada pelajar yang terbabit.

Terima kasih atas perhatian pelajar-pelajar sekalian.
#bebashutang #uitmdihatiku

__________________________________________________


PELAJAR PTPTN SESI SEPT 2016 - JAN 2017


Kepada Pelajar Yang dikasihi,

Disebabkan oleh masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan, pelajar-pelajar penerima pinjaman PTPTN yang tidak dipotong yuran pengajian diminta untuk terus membuat bayaran yuran di Kaunter/ATM Bank Islam yang berdekatan sebelum 2 Oktober 2016

Sila semak yuran pengajian di student portal . Klik di sini : http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp 

Langkah-langkah :

> Klik Student Portal 
> Login 
> Klik FinEportal
> Klik Bil Pelajar 
> Semak Bil yang masih Belum DiBayar
> Cetak Bil dan Membuat Pembayaran Bil 

Mengikut kalender akademik yang diluluskan oleh Senat, tarikh akhir pembayaran yuran pengajian adalah pada 2 Oktober 2016.

Klik : http://hea.uitm.edu.my/v1/images/stories/calendars/academic/Kalendar%20Akademik%20Sesi%202016%202017%20kump%20B%20sept%202016%20-%20lulus%20senat.pdf

Pihak kami memohon maaf atas kesulitan.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Memulakan Semester Baru!

Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

__________________________________________________

PERHATIAN!!

Pelajar Ijazah Sarjana Muda dikasihi,

Untuk makluman, keputusan peperiksaan pelajar Degree akan diumumkan pada 12 Ogos 2016. Keputusan peperiksaan pelajar akan disekat jika terdapat bil tertunggak. Sms blast  dibuat oleh pihak HEA pada  4/8/2016.

Pelajar dinasihati menyemak bil di portal bursary terlebih dahulu. Sila membuat pembayaran bil tertunggak (sekiranya ada) sebelum 9 Ogos 2016 di Kaunter/ATM Bank Islam.

Sebarang permasalahan, sila emel ke : kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my

Terima kasih

__________________________________________________

PENGUMUMAN!!

Kepada Pelajar Group A Sesi 20164 Yang Telah Diberikan Status Gugurtaraf (GT),


Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar  telah menjana Bil bagi Yuran Proses Rayuan Pembatalan Gugurtaraf (RPGT) sebanyak RM 50.00.

Pelajar boleh menyemak bil tersebut dan membuat pembayaran sebelum 27 Julai 2016 iaitu tarikh akhir proses permohonan RPGT di : - 

1. Kaunter Bank Islam
2. Bank Islam ATM Machine (Pemegang Kad ATM Bank Islam)


Seterusnya, pelajar perlu mengakses Student Portal untuk membuat Proses Rayuan Pembatalan Gugurtaraf (RPGT)

Terima kasih

__________________________________________________

PENGUMUMAN!!

 

Kepada Pelajar Yang dikasihi,

Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar telah menjana bil pelajar baru pengambilan kedua sebanyak RM30.00 pada 12 Julai 2016
(Pelarasan Perkhidmatan)

Sila Layari Portal Pelajar untuk mengetahun nombor bil saudara/saudari.

Saudara/Saudari boleh membuat pembayaran sebelum 15 Julai 2016 di : -

1. Kaunter Bank Islam
2. Bank Islam ATM Machine (Pemegang Kad ATM Bank Islam

Pihak Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami.

Kerjasama saudara/saudari amatlah dihargai.

__________________________________________________

PENGUMUMAN!!

Bil Pelajar SML telah dijana. Pelajar boleh melihat di dalam portal masing-masing. Tarikh akhir bayaran bagi pelajar Group A sesi 20164 adalah pada 4 Julai 2016.

__________________________________________________

PENGUMUMAN!!

Kepada pelajar yang dikasihi,
Dimaklumkan terdapat pelarasan kos perkhidmatan P.KO bg sesi 20164 sebanyak RM30.00. Bil tambahan telah dikeluarkan pada 27.06.2016. Sila bayar bil tersebut di Bank Islam.
Pihak kami memohon maaf ke atas kesulitan yang dialami

____________________________________________________


Bagi Pelajar Tajaan Group B sesi Mac- Julai 2016 boleh mula membuat validasi mulai 25 Mac 2016.
Sila pastikan surat tawaran tajaan telah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar (zon 16), faks ke : 03 5544 3418 atau emel ke kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my dengan meletakkan tajuk emel ‘SURAT TAJAAN (NO.PELAJAR)’.
Terima kasih.

____________________________________________________

KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KAMPUS SHAH ALAM

Dimaklumkan agihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia bagi kampus Shah Alam akan dihentikan buat sementara waktu. Ini kerana pihak kami akan membuat penghantaran melalui pos kad diskaun siswa tersebut kepada pelajar mengikut alamat yang didaftarkan melalui sistem akademik pelajar. Segala pertanyaan atau penjelasan lanjut sila emel kepada kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my dan pihak kami sedia membantu.

Sekian.

____________________________________________________

Makluman Kepada Pelajar yang masih mempunyai tunggakan bil,

Berikut makluman berkenaan kelulusan Jawatankuasa Kewangan & Pembangunan(JKP) berhubung tunggakan bil pelajar:

1. Jawatankuasa Kewangan dan Pembangunan (JKP) bersetuju meluluskan cadangan tindakan kepada pelajar yang gagal menjelaskan bayaran bil pengajian di seluruh sistem UiTM seperti berikut:

1.1 Tahan Slip Menduduki Peperiksaan (SMP).
1.2 Gugur taraf.

2. Jawatankuasa juga meluluskan cadangan tindakan kepada pelajar yang gagal menjelaskan bayaran bil-bil lain selain daripada bil pengajian seperti berikut:

2.1 Keputusan peperiksaan tidak akan diperolehi/dicetak/dilihat.
2.2 Tidak dibenarkan mendaftar pada semester berikutnya.
2.3 Tidak dibenarkan menghadiri majlis konvokesyen.

Oleh yang demikian, pelajar-pelajar adalah dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status tunggakan bil pada laman web kami bagi mengelakkan kesulitan yang mungkin timbul kelak.

Sekiranya pelajar ada sebarang pertanyaan atau masalah berkenaan bil tertunggak, sila emel dan kami sedia membantu.

Wassalam.

______________________________________________________

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR,

DIMAKLUMKAN TARIKH AKHIR BAGI AGIHAN BAUCER BUKU TELAH PUN DILANJUTKAN KEPADA 31HB MEI 2013. OLEH YANG DEMIKIAN BAGI PELAJAR YANG MASIH BELUM MENGAMBIL BAUCER BUKU TERSEBUT BOLEH MENGAMBIL BAUCER BUKU DIMANA-MANA CAWANGAN PEJABAT BENDAHARI UITM.

UNTUK MAKLUMAN, DI KAMPUS UITM SHAH ALAM, PELAJAR JUGA BOLEH MENGAMBIL BAUCER BUKU DI PUSAT SUKAN UITM SHAH ALAM MENGIKUT JADUAL SEPERTI BERIKUT:

ISNIN - JUMAAT : 8PAGI - 11.00 MALAM
SABTU - AHAD : 5.30 PETANG - 11.00 MALAM.

SILA BAWA KAD PELAJAR DAN KAD PENGENALAN SEMASA INGIN MENGAMBIL BAUCER BUKU.

SEKIAN.

______________________________________________________

As Salam Para Pelajar UiTM Yang Dikasihi Allah Sekalian,

Mohon para pelajar mengambil maklum perkara-perkara di bawah. Jasa baik para pelajar dalam perkara ini amat kami hargai.

1. Pihak kami sedang dalam proses mengenalpasti pelajar yang telah lulus peperiksaan khas sem 20124 dan bertukar statusnya kepada tamat pengajian baru-baru ini. Ada diantara pelajar ini telah membayar yuran pengajian sem 20132 (sama ada bayar sendiri atau tolak ptptn). Bagi yang telah membayar, pihak kami akan membuat pemulangan ke dalam akaun bank pelajar masing-masing dalam tempoh terdekat. Bagi yang belum membayar pula, bil pengajian sem 20132 tersebut akan kami batalkan.

2. Pelajar yang telah gugur taraf pada 5/4/2013 yang lalu dikehendaki membuat rayuan melalui portal pelajar bermula 5/4/2013 – 18/4/2013. Keputusan rayuan akan keluar pada 23/4/2013.

3. Pelajar yang membuat pengeluaran KWSP untuk bayaran yuran, mohon emelkan SEGERA notis pengeluaran KWSP kepada kewanganpelajar@salam.uitm.edu .my.

4. Bagi pelajar mendapat tajaan MyBrain 15 (MyMaster @ MyPHD), pelajar akan dikemaskini status bayarannya kepada Y2 iaitu tangguh bayaran (seolah-olah telah bayar yuran). Oleh itu pelajar tidak perlu risau. Status bayaran akan dikemaskini sebagai telah dibayar sebaik sahaja bayaran diterima daripada pihak KPT nanti.

5. Definisi status bayaran pelajat – Y1 bermakna bayaran telah dibuat sepenuhnya, Y2 bermakna bayaran akan dibuat sepenuhnya menerusi tajaan & Y3 pula bermakna bayaran ditangguhkan sehingga peperiksaan (pelajar tidak dapat mencetak slip peperiksaan jika bayaran sepenuhnya tidak diterima).

6. Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia bagi pelajar baru dengan no pelajar bermula 2012xxx masih sedang dalam cetakan pihak Bank Rakyat. Makluman akan dibuat apabila kad tersebut telah siap nanti.

7. Segala permohonan atau pertanyaan mengenai Kewangan Pelajar @ Bil Pengajian @ Tajaan dan lain-lain amat kami galakkan melalui emel kepada kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my. Pihak kami akan membalas dalam tempoh 24 jam atau selewat-lewatnya keesokan hari.

8. Tarikh akhir pengambilan Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) adalah pada 19/4/2013. BB1M boleh diambil pada masa pejabat di Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar (Bangunan Budi Siswa UiTM Shah Alam) dan Pejabat Kewangan di UiTM Kampus Negeri.

9. Kaunter khas Baucer Buku 1 Malaysia akan dibuka bermula 5/4/2013 – 19/4/2013 di Stor Pusat Sukan UiTM Shah Alam. Kepada para pelajar yang masih belum mengambil BB1M, boleh juga mengambilnya disana. Masa ambil adalah daripada pukul 5.30 petang sehingga 11 malam.

10. Bil konvokesyen ke-78 dijangka akan dijana pada minggu hadapan. Untuk pengetahuan para pelajar, jumlah yang akan dikenakan kepada pelajar adalah sama walaupun pelajar tidak menghadiri konvokesyen. JKP 182/2013 adalah dirujuk dan ia berkuat kuasa bermula 1/3/2013. Mohon pelajar lawati muka ini untuk maklumat lanjut. http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/

Sekian, terima kasih.

______________________________________________________

SURAT PENGESAHAN PELAJAR MELALUI e-SPPP UNTUK PENGELUARAN KWSP

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. & SALAM 1 MALAYSIA

KEPADA SEMUA PELAJAR,

PELAJAR YANG INGIN MENDAPATKAN SURAT PENGESAHAN PELAJAR BAGI TUJUAN PENGELUARAN KWSP MELALUI e-SPPP, PELAJAR BOLEH BERBUAT DEMIKIAN SETELAH PELAJAR MEMBUAT PENDAFTARAN KURSUS SECARA ONLINE BERMULA 27 FEB 2013 INI.

SEKIRANYA ADA PERTANYAAN BERKENAAN DENGAN PERKARA INI, SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN 03-5544 3369 / 3284 / 3441.

HARAP MAKLUM.
_____________________________________________________

As Salam Para Pelajar UiTM Yang Dirahmati Allah Sekalian,

Kepada pelajar yang telah dan pernah membuat semakan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (ada keluar no siri dan lokasi ambil kad), mohon pelajar untuk tidak datang mengambilnya. Ini adalah kerana tempoh untuk mengambil telah tamat. Pihak kami sedang dalam proses untuk menghantarnya melalui pos ke alamat seperti yang telah didaftarkan di dalam portal pelajar. Proses penghantaran dibuat secara berperingkat dan akan selesai dalam tempoh 2 minggu. Dimaklumkan juga bahawa pelajar yang telah tamat pengajian adalah tidak layak walaupun kad telah ada (syarat kelayakan). Kad diskaun bagi pelajar yang telah tamat tidak akan diposkan tetapi akan dipulangkan semula kepada Pejabat KPDNKK selaku pemilik Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia. Harap maklum

_____________________________________________________

Segala pertanyaan berhubung hal-hal yang berkaitan dengan kewangan pelajar,
sila emel terus kepada kami di kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my
atau boleh hubungi kami di talian
03-5544 3435 / 3369 / 3438 / 3284 / 3441 Pelajar juga boleh menghubungi / sms kepada kami di talian 012-3846350
sekiranya memerlukan sebarang bantuan / penjelasan berkaitan dengan hal-hal kewangan pelajar

Sila kunjungi dan sertai kami di laman facebook
(BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN PELAJAR UITM) bagi
mendapatkan maklumat-maklumat terkini. Sekian
_______________________________________________________

Pembukaan Akaun Bank Islam :

Sekiranya anda ingin memohon pinjaman PTPTN atau biasiswa JPA anda hendaklah membuka akaun Bank Islam. Anda boleh membuka akaun Bank Islam secara atas talian dengan klik pada menu "Pautan Luar UiTM > Bank Islam > Pembukaan Akaun " yang disediakan di web ini.

A) Bayaran di Kaunter Bank Islam (seluruh cawangan Bank Islam)

1. Cetak bil anda di web ini.
2. Bayar di Kaunter Bank Islam (tulis no. dokumen di slip bank; tidak perlu no akaun)

Status Bayaran akan dikemaskini selepas 2 hari.

B) Pembayaran Melalui Mesin ATM Bank Islam

Dengan 3 Langkah Mudah:

1. Pilih Menu > Lain > Pembayaran Bil / Yuran IPT
2. Masukkan > No. Kad Pengenalan Pelajar
3. Pilih > Bil Anda & > Masukkan Amaun Yang Betul

C) Pembayaran Melalui PERBANKAN INTERNET (www.bankislam.biz)

Untuk menggunakan kemudahan ini, pelajar mestilah pemegang akaun individu
Bank Islam dan telah mendaftar sebagai pengguna bankislam.biz

Cara Pembayaran Yuran melalui bankislam.biz.:

1. Layari www.bankislam.com.my
2. Klik butang "Login How" pada logo bankislam.biz dan tekan "OK".
3. Masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk memasuki bankislam.biz.
4. Pilih "Bill Presentment" pada bahagian "Bill Payment".
5. Pilih "Universiti Teknologi MARA" pada bahagian senarai penyedia perkhidmatan.
6. Klik butang "Next". Skrin berikutnya akan menunjukkan senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar.
7. Pilih Bil yang hendak dibayar. Klik butang "Pay". Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
8. Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran.
9. Klik butang "Pay" untuk meneruskan pembayaran. Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat.
10. Klik butang "Confirm" untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
11. Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mencetak pembayaran yang telah
dibuat sebagai rujukan.

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:

Jenis Pelajar

Zon

No Tel

e-PJJ/PLK

UKZ 18

03–55225367/5394/5362

Sepenuh Masa
(Diploma/Ijazah)

UKZ 16

03-5444 3441/3435/3284/3369

INTEC
(Seksyen 17)

UKZ 19

03-5522 7041/7043

Master/ PHD

UKZ 24

03-5522 5589/5590/5591

HAL-HAL BERKAITAN BIL PELAJAR

SOALAN 1: SAYA BARU DITAWARKAN PENGAJIAN DI UiTM, JADI BAGAIMANA INGIN MEMBAYAR YURAN?
JAWAPAN 1:

-Sila dapatkan bil di laman web bendahari http://bursary.uitm.edu.my/.
-Cetak bil dilaman web tersebut dan bayar di mana-mana cawangan BIMB yang berdekatan. Bayaran juga boleh dibuat menggunakan mesin ATM BIMB .
-Sila rujuk kaedah membayar yuran di paparan hadapan laman web terebut. 
-Simpan resit bayaran untuk rujukan.

SOALAN 2: SAYA BARU DITAWARKAN PENGAJIAN DI UiTM, ADAKAH YURAN PENGAJIAN TERSEBUT MERANGKUMI SEKALI YURAN PENDAFTARAN/YURAN KOLEJ?
JAWAPAN 2:

-Yuran semester 1 (satu) yang dikenakan kepada pelajar merangkumi yuran pendaftaran dan lain-lain yuran kecuali yuran kolej.
-Yuran kolej hanya dikenakan kepada pelajar yang mendapat kemudahan kolej. Kemudahan kolej akan diberikan kepada pelajar diploma tanpa dikenakan sebarang bayaran(tertakluk kepada kekosongan).

SOALAN 3: SAYA BARU DITAWARKAN PENGAJIAN DI UiTM, TETAPI ADAKAH SAYA BOLEH DATANG MENDAFTAR TANPA MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN?
JAWAPAN 3:

-Pelajar baru yang akan mendaftar DIMESTIKAN untuk membuat pembayaran yuran tetapi sekiranya tidak berkemampuan, pelajar BOLEH datang mendaftar tanpa membuat pembayaran yuran.  

SOALAN 4: SAYA BARU DITAWARKAN PENGAJIAN DI UiTM DAN MENDAPAT TAJAAN DIMANA YURAN PENGAJIAN SAYA AKAN DITANGGUNG OLEH PIHAK PENAJA, JADI ADAKAH SAYA MASIH PERLU UNTUK MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN SEBELUM MASUK MENDAFTAR?
JAWAPAN 4:

-Pelajar baru yang akan mendaftar DIMESTIKAN untuk membuat pembayaran yuran tetapi bagi pelajar baru yang TELAH mendapat tawaran tajaan, pelajar boleh datang mendaftar tanpa membuat pembayaran yuran tetapi pelajar PERLU majukan salinan surat tawaran tajaan ke Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar sebelum/pada/selepas hari pendaftaran.

SOALAN 5: KENAPA BIL YANG DIKENAKAN KEPADA SAYA BERBEZA DENGAN KAWAN SAYA?
JAWAPAN 5:

-Sila emel / hubungi Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Emel   : kewanganpelajar@salam.uitm.edu.my
Tel      : 03-5544 3435/3438/3439/3369/3441/3284
-Segala pertanyaan melalui emel, sila sertakan maklumat no. pelajar bagi memudahkan semakkan.

SOALAN 6: SEMALAM SAYA TELAH MEMBUAT BAYARAN YURAN TETAPI BILA DISEMAK STATUS BAYARAN PADA LAMAN WEB BENDAHARI (http://bursary.uitm.edu.my/) PADA HARI INI MENUNJUKKAN BIL TERSEBUT MASIH BELUM DIBAYAR. ADAKAH PERLU SAYA MAJUKAN RESIT BAYARAN KEPADA BAHAGIAN KEWANGAN?
JAWAPAN 6:

-Seperti yang telah dimaklumkan pada bil bayaran (nota No.6), status bayaran akan dikemaskini secara auto selepas 2 hari pembayaran dibuat. Sekiranya selepas 2 hari status bil masih belum dikemaskini, Sila emel / hubungi Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar untuk maklumat lanjut.
-Simpan resit bayaran untuk rujukan.

SOALAN 7: Saya Cuti Khas (CK), di Gantung Pengajian atau menangguh pengajian semester lepas, adakah saya perlu membuat bayaran pada semester ini?
JAWAPAN 7:

-Ya, Pelajar yang diluluskan Cuti Khas, Digantung Pengajian atau Menangguh
Pengajian perlu membayar semula semua jumlah pengajian yang telah
ditetapkan oleh pihak universiti.
-Tetapi bagi pelajar yang telah membayar yuran pada semester CK, Gantung Pengajian, Tangguh Pengajian yuran Kekal Status sebanyak RM45 (Sepenuh Masa) atau RM35.00(PLK) tidak dikenakan. -Sila berhubung dengan Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar bagi tujuan mendapatkan Bil Pengajian.

SOALAN 8: Saya ingin BERHENTI/BERCUTI (CK) daripada pengajian di UiTM. Adakah saya boleh mendapat semula yuran pengajian saya yang telah dibayar?
JAWAPAN 8:

-Pekeliling Jawatankuasa Kewangan & Pembangunan JKP Bil 150 bertarikh 13 Febuari 2007 adalah dirujuk. Pelajar yang telah membayar yuran pengajian, mendaftar kursus atau memohon selepas tarikh pendaftaran rasmi UiTM tidak layak mendapat pemulangan semula atau membawa kehadapan yuran pengajian yang telah dibayar.

SOALAN 9: SAYA MERUPAKAN PELAJAR MASTER DAN TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN BAGI 9 JAM KREDIT TETAPI SAYA TELAH GUGURKAN 1 SUBJEK(3 JAM KREDIT). JADI ADAKAH SAYA LAYAK DIBERI PEMULANGAN YURAN?
JAWAPAN 9:

-Ya, sila majukan permohonan kepada Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar. Permohonan tersebut boleh juga di faks / di emel untuk tindakan kami. Sila sertakan maklumat no pelajar, no akaun Bank, jumlah yang dituntut , no telefon dan maklumat emel bagi tujuan pemulangan yuran.

NO JKP
TAJUK
KEPUTUSAN
KATEGORI
D 2515 KADAR PENGINAPAN PELAJAR
ANTARABANGSA
BILIK SEORANG RM900.00
BILIK BERDUA RM 750.00
BILIK BERTIGA RM55.00
BILIK BEREMPAT RM350.00
PENGINAPAN
D 2939 CAJ KOMISEN PERKHIDMATAN
KUTIPAN BIMB
BIL PRESENTMENT
ATM,FPX,PERBANKAN INTERNET RM0.70
KAUNTER KHAS DI UiTM RM1.00
AUTO DEBIT DRPD PTPTN RM0.70
IBG PENERIMA AKAUN BIMB RM2.00
SELAIN AKAUN BIMB RM100,000.00
DAN KE ATAS RM5.00
BANKERS CEK RM1.15
CAJ PENGHANTARAN KE BANK
PENERIMA RM 5.00
BAYARAN KE AKAUN BIMB
DIKECUALIKAN
CAJ BAYARAN BIMB
D 3057 SURCAJ KEPADA PELAJAR
YANG MENDAPAT GRED YY
DAN ZZ DALAM PEPERIKSAAN
4SURCAJ RM100.00 DIKENAKAN KEPADA
PELAJAR
DIWAJIBKAN BAYAR SEBELUM
MENDAFTAR PADA SEMESTER
SETERUSNYA
DENDA
D 3056 YURAN PEPERIKSAAN KHAS
BAGI KURSUS YG MEMPUNYAI
PEPERIKSAAN AKHIR
YURAN PEPERIKSAAN KHAS RM100.00JULAI
2008
BYRN AKAN DIKREDITKAN KE TABUNG
AMANAH FAKULTI
PEMERIKSA KERTAS SOALAN DIBAYAR
RM6.00 SETIAP KERTAS JAWAPAN
DISEMAK DAN DIBERI MARKAH.
BAYARAN AKAN MENGGUNAKAN
YURAN PEPERIKSAANDISEMBER
2008
YURAN PEPERIKSAAN
D 2700 PERMOHONAN KELULUSAN SKP DIBUKA KEPADA PELAJAR SARJANA
SKP YANG MELEBIHI HAD HENDAKLAH
MENGEMUKAN TUNTUTAN KEPADA
TNC (HEP & ALUMNI) JULAI 2007
SKP
D 2544 PEMANSUHAN GERAN LATIHAN PRAKTIKAL KEPADA SEMUA PELAJAR
GERAN KHAS KEPADA PELAJAR MISKIN
RM 250.00 SEBULAN ATAU SETIAP JAM
KREDIT
ELAUN/GERAN PRAKTIKAL
D 3060 DASAR BARU KEMUDAHAN PENEMPATAN DAN MAKANAN SIJIL/PRA DIPLOMA DISEDIAKAN
ASASI/PRA IJAZAH/MATRIK DISEDIAKAN
(SEM 16
SHJ)
IJAZAH DISEDIAKAN (SEM 16
SHJ)
IJAZAH DISEDIAKAN (SEM 1 SHJ)
IJAZAH TIDAK DISEDIAKAN
IJAZAH TIDAK DISEDIAKAN
IJAZAH DISEDIAKAN (SEM1 SHJ)
PROFESIONAL DISEDIAKAN (SEM.14
SHJ)
PROFESIONAL TIDAK DISEDIAKAN
(SEM.14
SHJ
MASTER TIDAK DISEDIAKAN
SPM
PI/LW
SPM
SPM/STP/MATRIK/ASASI
/PRA IJAZAH/SETARAF
MD/DS/PH/LW/LG
DIPLOMA
DIPLOMA KAMPUS
C 2292 PENGURANGAN YURAN
KEPADA STAF
50% YURAN PENGAJIAN STAF TETAP &
KONTRAK
PEMGECUALIAN YURAN MENDAPAT
CGPA 3..O DAN KE ATAS BAGI
PROGRAM DIPLOMA/IJAZAH (STAF
TETAP SHJ)
STAFF TETAP DIKECUALIKAN KENAAN
YURAN
PERPUSTAKAAN,KOMPUTER,MAKMAL,
PERKHIDMATAN,KESIHATAN,
KECEMASAN.
YURAN