PERHATIAN !!


Tarikh akhir bayar yuran pengajian - 5/8/2010
   
Tarikh GUGUR TARAF - 11/8/2010
___________________________________________________________________

Bil Yuran Pengajian Pelajar Lama PLK, Master Course Work dan ePJJ Sesi 20104
(Julai - November 2010)! :


Bil yuran pengajian bagi semua pelajar lama PLK, Master Course Work dan ePJJ telah dijana dan boleh didapati di web ini pada masa ini.

Sebarang pertanyaan sila email kepada wan515@salam.uitm.edu.my atau hubungi talian 03-55443441/3435.

___________________________________________________________________

Bil Yuran Pengajian (RM110) Bagi Pelajar Lama (Sepenuh Masa) Undergraduate Sesi 20104 (Julai - November 2010) ! :

Mohon maaf kepada pelajar lama (Sepenuh Masa) - Undergraduate (yang berkenaan shj) yang telah dijana Yuran Pengajian (RM 110) pada 2/7/2010. Ini adalah kerana kesilapan telah dibuat ke atas penjanaan bil yuran pengajian sebenar yang berkurangan sebanyak RM 110.00. Jumlah berkenaan merupakan bayaran perkhidmatan setiap semester yang merangkumi bayaran perpustakaan, makmal serta kokurikulum pelajar. Bayaran tersebut jika tidak dipotong oleh PTPTN/JPA perlu dijelaskan dengan kadar segera oleh pelajar berkenaan.

Harap maklum.


___________________________________________________________________

Bil Pelajar Lama (Sepenuh Masa) Undergraduate Bagi Sesi 20104 (Julai - November 2010) ! :

Bil yuran pengajian pelajar lama (Sepenuh Masa) - Undergraduate telah dijana dan boleh didapati di web ini pada masa ini . Tarikh akhir bayaran adalah pada 5 Ogos 2010. Bayaran yang dibuat selepas tarikh tersebut akan mengakibatkan pelajar di GUGUR TARAF sebagai pelajar UiTM.

Kepada Semua Pelajar, beri perhatian pada tarikh berikut:
Tarikh
 
Perkara
22 Jun – 28 Julai 2010 : Pendaftaran Kursus Pelajar Lama secara Online
5 Jun – 28 Julai 2010 : Pendaftaran Kursus Pelajar Baru secara Online
5 Ogos 2010 : Tarikh akhir pembayaran yuran pengajian
10 Ogos 2010 : Tarikh Akhir Pengesahan (Validasi) Kursus Terdaftar
11 Ogos 2010 : GUGUR TARAF

___________________________________________________________________

Pelajar Yang Mendapat Pinjaman TAPEM (Pelajar Lama)! :

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat laporan bayaran tersebut.

Sebarang pertanyaan sila email kepada izwan3737@salam.uitm.edu.my atau sharima@salam.uitm.edu.my. atau hubungi talian 03-55443284/3435.
___________________________________________________________________

Pelajar Yang Mendapat Pinjaman TAPEM (Permohonan Baru)! :

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat laporan bayaran tersebut.

Sebarang pertanyaan sila email kepada izwan3737@salam.uitm.edu.my atau sharima@salam.uitm.edu.my. atau hubungi talian 03-55443284/3435.
___________________________________________________________________

Bantuan Kewangan Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi (Pelajar Asasi)! :

Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat laporan bayaran tersebut.

Sebarang pertanyaan sila email kepada izwan3737@salam.uitm.edu.my atau saifful@salam.uitm.edu.my. atau hubungi talian 03-55443284/3435.
___________________________________________________________________

Iklan Permohonan Biasiswa JPA ! :

Assalamualaikum wbt Saudara,

1) Dimaklumkan bahawa iklan permohonan biasiswa dijangka akan keluar pada awal Julai. Saudara boleh layari laman web JPA di www.jpa.gov.my apabila permohonan dibuka nanti. Sila rujuk syarat-syarat permohonan sebelum membuat permohonan.

2) Sekiranya saudara pelajar di bawah tajaan JPA dan ditawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah (penerapan), saudara perlu menghantar permohonan ke JPA untuk dipertimbangkan. Jika berjaya dipertimbangkan, pelajar akan dibekalkan dengan perjanjian baru dan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan akan bertambah.

3) Setelah berjaya mendapat tajaan JPA, saudara perlu membuat pembatalan PTPTN dan menjadi tanggungjawab saudara sendiri untuk membayar semula bayaran yang telah diterima kepada PTPTN. Diharap penjelasan ini dapat menjawab semua persoalan saudara. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Jabatan ini.

Sekian, terima kasih.

Nor Suzianti Binti Zainal
Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam

Tel : 03-8885 3393
Faks : 03-8881 0745
Emel : suzianti.zainal@jpa.gov.my

___________________________________________________________________
Kaedah Membayar Yuran ! :

1. Cetak bil anda di web ini.
2. Bayar di Kaunter Bank Islam (tulis no. dokumen di slip bank; tidak perlu no akaun)
3. Bayaran alternatif melalui ATM, Internet Banking (akaun Bank Islam shj) dan FPX.

Status Bayaran akan dikemaskini selepas 2 hari.

Anda boleh juga melayari laman web Bank Islam untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kaedah pembayaran bil.

___________________________________________________________________

Pelajar Asasi ! :


Pelajar Asasi akan diberikan elaun oleh pihak KPT sebanyak RM 1960.00 satu semester. Pelajar boleh memilih untuk membayar sendiri yuran pengajian atau ditolak dari elaun. Pelajar dikehendaki melengkapkan perjanjian dan membuka akaun Bank Islam serta menyerahkannya kepada Ketua Program semasa pendaftaran nanti.

Sebarang pertanyaan sila email kepada izwan3737@salam.uitm.edu.my atau saifful@salam.uitm.edu.my. atau hubungi talian 03-55443284.

___________________________________________________________________

Maklumat Pembiayaan PTPTN kepada Pelajar Program Penerapan:

Dilampirkan maklumat pembiayaan PTPTN kepada pelajar yang terlibat dengan program penerapan : Pembiayaan PTPTN_Pelajar Penerapan.pdf

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Pn. Azizah Nasik, Bahagian Pinjaman, PTPTN, Tel: 03-20983680, Emel:zah@ptptn.gov.my.

Pembukaan Akaun Bank Islam :


Semua Pelajar Baru dikehendaki membuka akaun Bank Islam Berhad (BIMB) bagi tujuan pembayaran Pinjaman/Biasiswa/Tajaan. Ianya boleh dibuat secara online melalui url : http://cif.bankislam.com.my/Internet/CIFForm1.aspx.